jom motivasi diri

bersama cintasufi



Tadi terbaca satu catatan lama .. suatu kisah ..

Waktu tengahari. Matahari memancar terik. Di saat itu terdapat tiga orang pemuda sedang bekerja. Bekerja membina bangunan batu.Tiba-tiba seorang pakcik tua menghampiri mereka.
"Apa yang sedang kau kerjakan?", tanya orang tua itu kepada salah seorang dari mereka bertiga.

Pekerja bangunan yang pertama tanpa menoleh sedikitpun kat pakcik tua itu, menjawab dengan acuh tak acuh saja. Nadanya sedikit marah.

"Hei orang tua, apakah matamu sudah terlalu rabun untuk melihat. Yang aku kerjakan di bawah terik panas matahari ini adalah kerja seorang kuli biasa!!”

Orang tua itupun tersenyum, lalu beralih kepada pekerja bangunan yang kedua, "Wahai pemuda, apakah gerangan yang sebenarnya engkau kerjakan?"

Pekerja bangunan yang kedua itupun menoleh. Wajahnya agak tenang tapi kelihatan sedikit terkeliru. "Maaf pakcik, akupun tidak begitu pasti, tetapi kata orang, kami sedang membuat sebuah rumah", jawabnya lalu meneruskan kerja semula.

Masih belum puas dengan jawapan pekerja yang kedua, pakcik tua itu pun menghampiri pekerja yang ketiga, lalu menanyakan hal yang sama kepadanya. Maka pekerja yang ketiga itupun tersenyum lebar, lalu menghentikan pekerjaannya sejenak, lalu dengan wajah berseri-seri berkata.

"Pakcik, kami sedang membuat sebuah istana indah yang luar biasa! Mungkin kini bentuknya belum jelas, bahkan diriku sendiri pun tidak tahu seperti apa gerangan bentuk istana ini apabila telah siap nanti. Tetapi aku yakin, apabila siap nanti, istana ini akan nampak sangat indah, dan semua orang yang melihatnya akan terasa kagum. Jika pakcik ingin tahu apa yang aku kerjakan, itulah yang aku kerjakan!", jelas pemuda itu dengan perasaan penuh bersemangat.

Mendengar jawapan pekerja bangunan yang ketiga, orang tua itu sangat terharu sekali. Rupa-rupanya orang tua itu sebenarnya adalah pemilik istana yang sedang dikerjakan oleh ketiga pekerja bangunan itu.

Hal yang sama sebenarnya sering berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Sebahagian besar antara kita tidak pernah tahu untuk apa mereka dilahirkan ke dunia. Mungkin kerana telah biasa kesibukan / disibukkan oleh segala bentuk “perjuangan”, merasa tidak terlalu peduli dengannya. Bisa hidup saja sudah bersyukur.

Sebahagian lagi, yang biasanya adalah jenis “pengikut” iaitu orang-orang yang punya pandangan yang samar-samar tentang keberadaan mereka dalam kehidupan.


Namun golongan terakhir, biasanya hanya segelintir orang sahaja yang menemukan “visi” atau “jati diri” mereka di dunia ini. Mereka adalah orang-orang yang tidak hanya sekadar hidup tetapi adalah  orang-orang yang hidup dalam erti yang sebenar-benarnya. Mereka hidup dengan mempunyai matlamat dan sentiasa mengharapkan yang terbaik terhadap apa yang mereka lakukan.




Terdapat satu kisah .. pada suatu petang, seekor ular telah memasuki bengkel di mana merupakan tempat kerja si tukang kayu Kebiasaan si tukang kayu, membiarkan sebagian peralatan kerjanya berselerakan dan bertaburan. Nah ketika ular itu berjalan ke sana kemari di dalam bengkel itu, dan tanpa sengaja ia merayap di atas sebatang gergaji.

Tajamnya mata gergaji, menyebabkan perut ular terluka. Tapi ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali. Serangan itu menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah & putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya. Ia pun membelit kuat gergaji itu. Maka tubuhnya terluka amat parah dan akhirnya ia pun mati.

Kadangkala, di saat kita marah, kita ingin melukai orang lain. Tapi sesungguhnya tanpa kita sedari, yang dilukai adalah diri kita sendiri.

Mengapa? kerana perkataan dan perbuatan di saat marah adalah perkataan dan perbuatan yang biasanya akan kita sesali di kemudian hari..




Dua orang buta ini ingin gunakan pili paip untuk minum dan mencuci tangan tapi gagal. Akhirnya seekor monyet menghampiri kedua-dua orang buta itu ..  kemudian monyet itu tolong buka pili paip untuk dua orang yang buta itu. Selepas kedua-dua orang buta itu  siap minum dan basuh tangan, monyet tu tutup semula pili paip tersebut dan beredar..

Subhanallah… binatangpun ada rasa simpati. Ada rasa kasihan ..  sama-sama kita fikirkannya …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Seorang yang suka berfikir tentang masa kini, masa depan dan kehidupan ...

About this blog

Blog ini memuatkan himpunan kata-kata motivasi (koleksi simpanan sejak di Universiti lagi), karya motivasi, klip video dan gambar motivasi yang segar sepanjang zaman, nukilan dari pelbagai motivator terkenal tanah air, tokoh-tokoh & pakar motivasi terkenal dunia serta orang perseorangan. Turut diselitkan karya bercorak santai yang diharapkan dapat memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua.

Popular Posts

Total Pageviews

Followers