Tadi terbaca satu catatan lama .. suatu kisah ..
Waktu tengahari. Matahari memancar terik. Di saat itu
terdapat tiga orang pemuda sedang bekerja. Bekerja membina bangunan
batu.Tiba-tiba seorang pakcik tua menghampiri mereka.
"Apa yang sedang kau kerjakan?", tanya orang tua
itu kepada salah seorang dari mereka bertiga.
Pekerja bangunan yang pertama tanpa menoleh sedikitpun kat pakcik tua itu, menjawab dengan acuh tak acuh saja. Nadanya sedikit marah.
Pekerja bangunan yang pertama tanpa menoleh sedikitpun kat pakcik tua itu, menjawab dengan acuh tak acuh saja. Nadanya sedikit marah.
"Hei orang tua, apakah matamu sudah terlalu rabun untuk
melihat. Yang aku kerjakan di bawah terik panas matahari ini adalah kerja
seorang kuli biasa!!”
Orang tua itupun tersenyum, lalu beralih kepada pekerja
bangunan yang kedua, "Wahai pemuda, apakah gerangan yang sebenarnya engkau
kerjakan?"
Pekerja bangunan yang kedua itupun menoleh. Wajahnya agak
tenang tapi kelihatan sedikit terkeliru. "Maaf pakcik, akupun tidak begitu
pasti, tetapi kata orang, kami sedang membuat sebuah rumah", jawabnya lalu
meneruskan kerja semula.
Masih belum puas dengan jawapan pekerja yang kedua, pakcik
tua itu pun menghampiri pekerja yang ketiga, lalu menanyakan hal yang sama
kepadanya. Maka pekerja yang ketiga itupun tersenyum lebar, lalu menghentikan
pekerjaannya sejenak, lalu dengan wajah berseri-seri berkata.
"Pakcik, kami sedang membuat sebuah istana indah yang luar
biasa! Mungkin kini bentuknya belum jelas, bahkan diriku sendiri pun tidak tahu
seperti apa gerangan bentuk istana ini apabila telah siap nanti. Tetapi aku
yakin, apabila siap nanti, istana ini akan nampak sangat indah, dan semua orang
yang melihatnya akan terasa kagum. Jika pakcik ingin tahu apa yang aku kerjakan,
itulah yang aku kerjakan!", jelas pemuda itu dengan perasaan penuh bersemangat.
Mendengar jawapan pekerja bangunan yang ketiga, orang tua itu
sangat terharu sekali. Rupa-rupanya orang tua itu sebenarnya adalah pemilik
istana yang sedang dikerjakan oleh ketiga pekerja bangunan itu.
Hal yang sama sebenarnya sering berlaku dalam kehidupan kita
seharian.
Sebahagian besar antara kita tidak pernah tahu untuk apa
mereka dilahirkan ke dunia. Mungkin kerana telah biasa kesibukan / disibukkan
oleh segala bentuk “perjuangan”, merasa tidak terlalu peduli dengannya. Bisa
hidup saja sudah bersyukur.
Sebahagian lagi, yang biasanya adalah jenis “pengikut” iaitu
orang-orang yang punya pandangan yang samar-samar tentang keberadaan mereka
dalam kehidupan.
Namun golongan terakhir, biasanya hanya segelintir orang
sahaja yang menemukan “visi” atau “jati diri” mereka di dunia ini. Mereka
adalah orang-orang yang tidak hanya sekadar hidup tetapi adalah orang-orang yang hidup dalam erti yang
sebenar-benarnya. Mereka hidup dengan mempunyai matlamat dan sentiasa
mengharapkan yang terbaik terhadap apa yang mereka lakukan.
0 comments:
Post a Comment