Terdapat seorang lelaki yang menjalani kehidupannya dengan menjual belon di pest aria. Dia mempunyai belon pelbagai warna termasuk merah, kuning, hijau, hitam, putih dan biru. Apabila perniagaanya lembap, dia akan melepaskan belon yang berisi gas helium ke udara dan apabila kanak-kanak melihat belon itu naik tinggi, mereka semua ingin memilikinya. Mereka datang kepada lelaki itu dan membeli belon. Perniagaan lelaki itu semakin maju semula. Dia akan mengulangi prose situ setiap hari.
Pada suatu hari, dia terasa ada seorang budak lelaki yang bertanya, “Kalau awak melepaskan belon berwarna hitam, bolehkah ia terbang juga?”
Terusik dengan perhatian budak itu, lelaki tersebut menjawab dengan penuh memahami;
“Anak, bukan kerana warna belon tersebut tetapi apa yang terkandung di dalamnya yang membuatkan ia naik ke atas.”
0 comments:
Post a Comment