jom motivasi diri

bersama cintasufi



Petang – berehat sekejap, sambil tangan mencapai majalah. Terbaca lagi kisah yang sama sebelum ini.

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Luqman al-Hakim seraya berpesan:

“Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut .. hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang dipinta oleh ibu dermawan itu. Sebaliknya diminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing itu disembelih, sekali lagi Luqman mengirimkan hati dan lidah kambing kepada ibu dermawan itu.

“Kenapakah tuan kirimkan saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?’ tanya ibu tersebut kepada Luqman.

Luqman menjawab:

“Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”

Ibu itu terkelu dan terdiam …



Aku cuba gerakkan lidah. Lembut. Mudah dilentur. Aku cuba gigit lidah. Aduh!! sakitnya. Terlalu sensitif rupanya. hehe.

Yup!, bila diamati kata-kata Luqman al-Hakim di atas, benar dan tulus ertinya. Gara-gara lidah, air tenang mula berombak. Gara-gara lidah, seorang sahabat bisa buatkan sahabatnya menangis. Gara-gara lidah, semuanya ingin mendongak langit. Gara-gara lidah, perempuan terhanyut dilanda asmara. Gara-gara lidah, bisa tertipu akhirnya ke Lombok, Indonesia. Gara-gara lidah, keluarga aman berantakan, cerai sana-sini. Gara-gara lidah, iman terhindar kesepian… dan gara-gara lidah, iman tiada pasti akhirnya fanalah dunia ini.

Gara-gara lidah juga, bisa buatkan hati luka kembali segar. Gara-gara lidah, sepi hati bisa terhibur ceria. Gara-gara lidah juga bisa buatkan dunia tersenyum manja …

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Seorang yang suka berfikir tentang masa kini, masa depan dan kehidupan ...

About this blog

Blog ini memuatkan himpunan kata-kata motivasi (koleksi simpanan sejak di Universiti lagi), karya motivasi, klip video dan gambar motivasi yang segar sepanjang zaman, nukilan dari pelbagai motivator terkenal tanah air, tokoh-tokoh & pakar motivasi terkenal dunia serta orang perseorangan. Turut diselitkan karya bercorak santai yang diharapkan dapat memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua.

Popular Posts

Total Pageviews

Followers